Thursday, 13 July 2017

WAJIB CUBA! 5 JENIS MINUMAN UNTUK KESIHATAN WANITA DI ABAD INI

5 JENIS MINUMAN KESIHATAN UNTUK WANITA

Untuk cantik dalaman dan luaran kita sebagai wanita mestilah menjaga kesihatan dengan baik dan sentiasa menitikberatkan soal permakanan kita sehari-hari.Terdapat 5 jenis minuman tradisional yang kita boleh praktiskan antaranya..
sumber

AIR HALIA(BAGUS UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN)

bahan-bahan
2 ketul halia
1 uncang teh
gula perang
air

cara membuatnya..
hiris nipis-nipis halia atau boleh juga diketuk
rendamkan uncang teh ke dalam cawan berisi air panas
masukkan halia dalam teh dan perasakan dengan gula perang secukup rasa.minum 2 gelas kecil sehari

khasiatnya..
membuang angin dalam badan
menghilangkan stress
menjadikan anda lebih relaks 

sumber

AIR HERBA UNTUK BAHAGIAN INTIM

Bahan-bahannya

1 biji ayam kampung
1 sudu besar madu
7 biji lada hitam
1 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 inci halia(ditumbuk)
2 inci ibu kunyit(ditumbuk)

cara membuatnya
pukul telor di dalam cawan
masukkan bahan-bahan yang ditumbuk
masukkan madu dan kacau sehingga sebati
minum segelas sehari selama 3 hari berturut-turut

khasiatnya
memanaskan badan serta memberi tenaga dan juga dapat mengekalkan kecantikkan dalaman juga luaran.

sumber

AIR KUNYIT

bahan-bahannya

2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
1/2 ketul lengkuas
2 ketul serai
1/2 ketul temukunci
sedikit garam
air 1 liter

cara membuatnya
kisar semua bahan-bahan hingga hancur
masukkan bersama air dan masak sehingga 1 jam
minum segelas kecil sehari

khasiatnya
bagus untuk ibu dalam pantang
dapat mengecutkan rahim dan juga perbanyakan susu badan

AIR KURMA

bahan-bahannya
5 biji kurma(dibuang biji)
1 gelas susu segar
1 sudu besar madu

cara membuatnya
kisar semua bahan
dan minum segelas sehari terutama sekali ketika perut kosong

khasiatnya
menaikkan seri wajah serta dapat membanyakkan susu 
membuatkan badan cergas juga melembapkan kulit

AIR DELIMA

bahan-bahannya
1/2 sudu teh jus delima
1sudu besar madu
segelas air suam

cara membuatnya
kacau semua bahan sehingga sebati
dan minum segelas sehari

khasiatnya
kolestrol dan lemak dapat dikurangkan
air delima ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan kita 
ia juga membekalkan vitamin kepada kita membuatkan wajah lebih berseri serta cerah

Wednesday, 12 July 2017

LEBIH DARI 10 TIPS KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA !!

Kita sebagai manusia sedia maklum dengan kesihatan yang baik amat diperlukan setiap insan untuk menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini dan selalunya wanitalah yang lebih peka dari aspek kesihatan dari lelaki.jom kita baca tips-tips dibawah ini untuk kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang
sumber imej

TIPS KESIHATAN WANITA

1 .Rebus daun salam dalam 10 helai dengan 2 .gelas air dan minum tiap-tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi.

2. makan pisang juga banyak faedah dan khasiat,pisang juga dapat mengelak kram dan senggugut

3 .perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau untuk anti stroke

4. sayuran juga memastikan protien tidak menjadi kanser

5 .sayuran juga memastikan karbo tidak menjadi diabetes

6. makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapat berehat

7 .hanya boleh makan 4 biji telor dalam seminggu

8 .semasa datang haid tidak digalakkan meminum teh.lebih-lebih lagi teh hijau.

9. 3 jam sebelum tidur elakkan makan kerana jika makan lewat boleh kegemukan

10.makan buah manggis,bagusbuntuk tulang anda.

11.paprika dapat menyembuhkan diabetes,sakit tulang dan juga anti kanser

12.Jalan 50 langkah dapat memperbaiki tulang tubuh,dan naik tangga 20 langkah dapat memperbaiki tulang lutut

13.Elakkan mengangkat barang yang berat,kerana wanita mempunyai urat saraf  wanita cepat lemah

14. minuman yang berkafien juga tidak digalakkan minum seperti kopi kerana ianya mempercepatkan monopause dan osteoporosis

15.kekurangan kalsium juga menyebabkan darah tinggi.jadi wanita disarankan mengambil tembikai sebagai sumber kalsium untuk tubuh badan terutamanya tembikai kuning.


16.Anggur bertindak sebagai anti kolestrol,ada 3 jenis warna anggur.Anggur hitam kuatkan jantung,anggur hijau dapat melangsingkan badan,anggur merah melebarkan pembuluh darah daripada tersumbat




Monday, 10 July 2017

SEBAIK-BAIK ATAU SEJAHAT-JAHAT SUAMI,IANYA PENENTU ISTERI KE SYURGA ATAU NERAKA



Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami dia, boleh menyebabkan isteri itu samada di terima ke syurga, atau dihumban dalam neraka! Atas perbuatan isterinya itu baik atau buruk.


Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni surga? yaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i)

— Ustaz Haji Jafri Mahmoodi AlFaizin

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد ..سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ


#IsteriSolehah #BidadariSyurga #LoveForTheSakeOfAllah #InsyaAllah

Monday, 27 February 2017

mengambil upah termurah membeli barang online di LAZADA.COM

MENGAMBIL UPAH TOLONG MEMBELI BARANG ONLINE DI LAZADA YANG TERMURAH DI PASARAN 2017

Assalammualaikum,hai semua akak-akak..abang-abang...adik-adik....tujuan saya membuat blog ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada sesiapa yang ingin membeli barang-barang online di LAZADA.COM yang tidak tahu cara untuk membeli barang di LAZADA dan yang tidak mempunyai online banking seperti maybank2u atau cimb click ataupun mempunyai online banking tapi tidak tahu cara untuk membeli di LAZADA secara online,saya boleh menolong awak-awak semua dengan upah yang paling termurah dan berbaloi-baloi.

Awak-awak semua just download aplikasi lazada di playstore dan pilih barang yang ingin dibeli dan screenshot sahaja kepada saya gambar.bank in  kan wang secukupnya berdasarkan harga barang tersebut beserta upah kepada saya hanya sekadar rm3 sahaja...ya rm3 sahaja upah yang saya caj untuk beli barang anda di LAZADA.COM..sememangnya berbaloi.



In case awak semua beli barang di LAZADA tetapi dapat barang rosak,defective ,pecah,fake atau lain seperti yang seller claimed,awak boleh membuat return kepada LAZADA asalkan dalam tempoh 14 hari selepas pembelian.contoh seller jual item A tapi lepas beli sampai item B ,atau seller jual item A dan description kata barang original ,tapi bila sampai barang knockoff/ciplak/fake.sebelum buat return ,awak perlu lekatkan detail-detail penting di kotak seperti nama penerima dan alamat penerima.

pack barang tersebut elok-elok dan hantarkan kembali bersama-sama invois dan bukti pembelian .simpan sekali bukti pembayaran awak kepada syarikat courier kerana LAZADA akan refund balik kos penghantaran.(selepas saya buat pembayaran untuk awak saya akan screeshoot resit bukti pembayaran kepada awak)
setakat sekarang ni saya membeli secara online di LAZADA memang terbaikkk....paling cepat 2 hari dah sampai barang..paling lewat seminggu tu pun barang yang order dari oversea

so siapa-siapa yang nak order barang di LAZADA bolehla whatsapp saya di talian

 01129518349
sertakan sekali....

nama:
alamat:
nombor telefon:
screenshoot gambar yang nak dibeli di LAZADA kepada saya:
screeshoot bukti pembayaran(termasuk upah rm3):

sebarang pembayaran boleh bank in ke akaun ASMALIZA BINTI ABDULLAH

152189225274 (MAYBANK)
7000155266 (CIMB BANK)